Welcome to superwoman official blog You want to ★+Follow or go back Home ★
Im the SUPERWOMAN




♥CUKUP INDAH BERBICARA ♥
Wednesday, 16 November 2011 | 05:32 | 0 comments

1. ‘ Tiada siapa yang dapat memisahkan cinta kita ‘ – Wah.. Cam tuk nujum plak diorang ni kan. Boleh tahu bahawa tiada halangan untuk terus bersama. Tapi kebiasaannya yang berlaku tak sampai 2-3 tahun kahwin , habis.. Jadi janganlah takbur sangat , sebab masa depan bukan kita nak tentukan. Mungkin kita mampu merancang tapi Tuhan jua yang menentukan..
2. ‘ Akan kubina mahligai indah untukmu ‘ – Ayat ni pun tak boleh blah gak.. Kalau diri tu jutawan cam Mark Zuckenberg takpe gak. Ini masih bersekolah lagi. Seluar dalam pun mak bapak belikan. Ada hati nak buat mahligai konon. Dah besar nanti, rumah kos rendah pun belum tentu mampu terbeli. Janganlah berkata sesuatu yang tak logik dik oit…
3. ‘ Kita akan bersama hingga ke syurga’ – Ni pun kelakar juga sebab yang menuturkan kata-kata tu sembahyang pun jarang-jarang. Dah tu time ber’couple’ tangan merayap sana sini.. Camne nak masuk syurga tu, tapi mungkin lah kot kalau sempat bertaubat tapi kalau mati masa tengah lari ditangkap khalwat camne plak ye?? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
4. ‘ Keranamu lautan api sanggup ku renangi ‘ – Pergh cukup hebat penangan cinta. Sanggup berkorban nyawa pada cinta tu.. Tapi bila kena tahan polis/ penguatkuasa lain pula ceritanya.. Kononnya tak kenal dengan pasangan tersebut.. Baru kenallah, jumpa tepi jalan.. Macam-macam alasan diberi. Tu belum lagi pasangan kena musibah dengan penyakit.. Memang kena tinggallah gamaknya..



see u at next entry ♥
kboii!

Older Post | Newer Post
Sweet Talk
Just be a nice one :D